Meniru Gaya HIdup Bukan Islam
Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi ini telah sampai kemuncaknya :
PERTAMA : Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa
bahasa sendiri adalah satu keaibpan sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu
kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan
mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik
dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka
menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukumhukumnya.
Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian
atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk
menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam
masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan
tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.
KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka
memakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah laku
kehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negara
ummat Islam seumur hidup mereka.
KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yang
berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang
barat dalam semua aspek - kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minum
mereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk. Akhirnya
mereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipun
ketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukan
setakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikut
semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma),
idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah,
pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.
KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT.
Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa "..segala sesuatu yang
datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat
adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai
golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan, padahal
sebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak
mengetahui.
TEKNIK MENGANKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM
Wahai saudara-saudara yang dicintai sekelian,
Di antara taktik penjajah yang licik dalam usaha mereka memerangi ummat Islam ialah
dengan cara; setiap orang Islam yang mula mendapat menerima celupan barat dan
menjauhi ciri-ciri Islam akan segera diberikan kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat. Mereka akan di beri kedudukan di pejabat rasmi pentadbiran samada
sebagai pegawai awam atau tentera. Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan
politik dan sosial. Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan
mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen. Pendek kata mereka inilah yang
mendapat keistimewaan dalam masyarakat.
Apabila gerakan kemerdekaan mula bangkit, dan kemerdekaanpun tercapai, maka
biasanya tampok pimpinan pasti kembali ke tangan mereka ini. Oleh kerana mereka
adalah orang-orang yang menguasai bahasa dan tabiat penjajah, maka mereka itu
merupakan manusia yang paling dekat dengan penjajah.
Oleh yang demikian, takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummat
Islam, bila belenggu-belenggu penjajahan dapat disingkirkan, negara-negara Islam
mencapai kemerdekaan, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undangundang
(kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itu
jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.
Bermula dari kekuasaan penjajah bertapak di negeri-negeri Islam sehingga mereka
mengangkat kaki meninggalkan bumi itu, sejarah penjajahan ini mengandungi
berberapa perkara yang perlu diketengahkan, terutama ketika kita sedang mengkaji
tentang suasana dan masalah yang sedang berlaku di negara-negara Islam. Kita tidak
boleh memahami dan menyelesaikan permasalahan ini secara meyeluruh sekiranya kita
tidak mengkaji terlebih dahulu tentang kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment