KESAN-KESAN PENJAJAH
Diantara kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah ialah;
1. MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT
Para penjajah tidak berjaya memesongkan majoriti orang Islam dari Islam sepanjang
penaklukan mereka keatas negara-negara itu. Walaupun mereka mereka mencurahkan
tenaga mereka habisaan untuk tujuan ini, ianya tetap tidak berjaya.
Oleh kerana itu penjajah telah mengekalkan mereka (anak2 negeri yang dijajah) supaya
mereka tetap hidup dalam kejahilan dan dengan merosakkan akhlak mereka. Penjajah
memguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat
Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam. Seterusnya mereka membiasakan
anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam.
Walaupun begitu penjajah masih tidak mampu menarik ummat Islam untuk menentang
Islam dan tradisi Islam. Buktinya ialah umat Islam masih tetap cinta kepada Islam
hingga sekarang ini, sama dengan umat Islam di zaman silam. Saudara-saudara akan
dapati mereka itu beriman dengan Islam dari lubuk hati mereka. Niat mereka jujur,
azam mereka benar, mereka tidak akan redha menganut sistem hidup yang bukan
Islam, walaupun mereka tidak memahami Islam secara mendalam dan tidak terdidik
dalam perundangan dan pengetahuan Islam. Tidak diragukan lagi bahawa akhlak
mereka telah runtuh, adat resam mereka telah musnah dan perasaan-perasaan mereka
telah rosak, tetapi pengukuran atau neraca nilai-nilai akhlak tetap tidak berubah.
Ya, kemungkinan mereka akan bermuamalat dengan riba, melakukan zina, meminum
arak bahkan memang itu telah berlaku, tetapi saudara-saudara tidak dapati di kalangan
mereka ada yang menyatakan halal sesuatu yang diharam oleh Allah kecuali sedikit
dari mereka. Ada yang memang benar-benar berhaluan barat yang menghalalkan
perkara yang diharam oleh Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh
Allah.
Orang-orang Islam secara umumnya tidak mengangap tarian, nyanyian, permainan siasia
dan pelbagai maksiat yang memenuhi malam itu adalah kebudayaan dan dasar cara
hidup mereka, sekalipun mereka sendiri terlibat dan berat kaki tangan ketika diajak
beribadat untuk menyuci jiwa mereka.
Walaupun mereka masih mewarisi cara hidup di bawah undang-undang barat, namun
fikiran mereka belum diresapi oleh fahaman yang menyatakan bahawa undang-undang
barat ini adalah lebih betul dan lebih sesuai. Mereka masih tidak dapat menerima katakata
undang-undang Islam telah ditelan zaman atau tidak sesuai lagi dengan peredaran
zaman sekarang. Hanya segolongan kecil sahaja yang benar-benar terperdaya dengan
tamaddun barat tertarik dengan lahiriah tamaddun ini yakin dengan perundangan dan
sistem rekaan barat itu. Kebanyakan orang Islam umumnya masih beriman teguh
dengan perundangan Islam. Mereka menuntut supaya undang-undang Islam dikuat
kuasakan didalam negeri mereka.
2. MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJU
POLITIK
Para ulama dalam negara-negara Islam dulunya mempunyai hubungan yang sangat
rapat dengan orang Islam secara berterusan, di waktu senang dan susah . Mereka tidak
pernah bercakap atau membayangkan kecuali apa yang diyakini bahawa perkara itu
daripada agama.
Malangnya alim ulama itu akhirnya menjauhkan diri dari teraju pemerintahan negara
dan tidak mencebur diri dalam masalah politik dan sosial, hingga lama kelamaan
mereka tidak lagi mampu dan layak untuk membimbing umat dalam bidang politik.
Dengan sebab inilah mereka tidak mampu memimpin gerakan perjuangan dan
pembebasan yang telah bangkit diakhir-akhir ini di negara Islam yang jatuh dibawah
penjajah.
Begitu juga mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung didalam pentadbiran
negara di zaman selepas kemerdekaan. Tugas mereka dari sudut sosial hari ini tidak
lebih dari tugas brek pada enjin kereta. Mereka hanya dapat mempertahankan sedikit
sebanyak kelajuan perjalanan hidup sosial. Dalam hal itu pun brek ini telah pecah
berkecai di setengah negara Islam. Ada pun pemandu kereta, iaitu golongan pemerintah
yang terpengaruh dengan barat terus terjun dengan keretanya itu ke jurang yang dalam
dengan dahsyatnya. Mereka menyangka sedang mendaki kemuncak yang tinggi dan
sedang menuju kehebatan.
3. MEMBENTUK SERTA MENYOKONG GERAKAN PERJUANGAN
KEMERDEKAAN YANG PALSU
Gerakan-gerakan kemerdekaan yang lahir di negara-negara Islam yang dipimpin oleh
golongan barat tahu bahawa mereka tidak dapat menggerakkan orang-orang Islam dan
berhujjah untuk membangkit semangat orang ramai untuk menyokong gerakan mereka
tanpa digerakkan di atas nama Agama. Ianya perlu mempergunakan slogan
'mengembalikan keagungan Islam' dll. Mereka menyeru orang ramai dengan nama
Allah dan Rasulnya.
Untuk lebih meyakinkan, mereka mempertentangkan antara Islam dengan kufur. Ini
membuat hati orang ramai bertambah cenderung kepada seruan dan laungan mereka
dan dapat menggerakkan supaya rakyat mencurahkan tenaga dan jiwa untuk tujuan ini.
Mereka bertindak demikian bukan agar orang-orang Islam mengikut jejak langkah
mereka dan bergabung dibawah panji dan parti mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment