BENARKAH DA’YAH “NANTI SETELAH MERDEKA BARU MAHU BERAMAL
DENGAN ISLAM” ??
Sesungguhnya sepedih-pedih dan sesedih-sedih kejadian ialah ketika matlamat mereka
ini telah tercapai. Apabila negeri telah merdeka, mereka mengkhianati janji mereka.
Mereka pura-pura lupa apa yang mereka laung-laungkan di masa perjuangan
kemerdekaan. Dan jadilah Islam sebagai mangsa pertama pengkhianatan sesudah
negara merdeka. Mereka memperalatkan Islam untuk membangunkan istana
kemewahan dunia dan mendiami di dalamnya. Kerana kelebihan Islamlah perjuangan
mereka berkobar dan hingga akhirnya mereka berjaya.
Saudara-saudara sekelian…….
Tidakkah ini termasuk sebesar-besar jenayah yang dapat disaksikan dalam sejarah
Islam. Bukankah ianya sebesar-besar pendustaan yang timbul dalam dunia politik?
Diatas pengkhianatan seumpama inilah hati-hati akan hancur luluh kerana terlalu duka
- sekiranya dalam hati itu masih ada saki-baki roh Islam dan iman.
PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS PENJAJAHAN BANGSA ASING
Yang terakhir…….
Apa yang dicapai oleh negeri-negeri Islam di bawah pimpinan golongan ini dan hasil
dari jasa perjuangan Islam adalah kemerdekaan di bidang politik sahaja. Yang berbeza
antara penjajahan bangsa asing yang telah hilang dengan kemerdekaan sekarang ialah
penguasaan bangsa asing yang lalu kini dapat dinikmati oleh anak-anak tempatan.
Dari segi kecenderungan aliran pemikiran, falsafah moral, sosial dan ekonomi, keduadua
golongan ini ( penjajahan asing dan anak tempatan) tidak banyak berbeza. Begitu
juga sikap kedua golongan itu terhadap Islam adalah hampir-hampir sama sahaja,
sehingga dasar-dasar sistem pelajaran dan pendidikan yang dibuat oleh penjajah asing
masih diamalkan oleh penjajah baru. Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asing
digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dan
sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing.
Lebih dari itu lagi undang-undang keluarga (Personal Laws) yang tidak diusik oleh
penjajah asing, kini kita lihat ada usaha untuk dihapuskan atau diubah supaya
dikatakan lebih maju, sesuai dengan peredaran zaman, era zaman kemerdekaan dll..
Pada hakikatnya ini adalah zaman penjajahan baru.
Kemajuan barat dan asas moral yang bersifat kebendaan yang ditinggalkan oleh
penjajah-penjajah barat, bukan sahaja dipegang teguh oleh mereka yang kagum dengan
barat, bahkan mereka telah berusaha pula supaya orang ramai akan bertambah kuat
pegangannya daripada mereka di zaman penjajah. Sayangnya orang ramai Islam yang
lemah ini tidak mampu melihat bentuk sistem hidup Islam yang syumul. Mereka telah
hanya nampak sistem cara hidup yang dibina di atas dasar perkauman, pemikiran otak
manusia dan sistem rekaan manusia.
Akhir sekali penjajah telah dapat merosakkan perpaduan umat Islam sedunia atas nama
perkauman-nasionalis. Mereka mengoyak perpaduan ini dan memecah belahkan
kesatuan ummat Islam atas nama perkauman. Menjadikan mereka itu bunuh
membunuh antara satu sama lain, semua itu dilakukan atas nama perkauman.
Mereka kemudiannya memasukkan fahaman sekular (fahaman yang memisahkan
agama dari urusan pentadbiran negeri) kedalam jiwa mereka. Mereka sering
menggunakan kesempatan yang ada untuk merosakkan generasi baru ummat Islam.
Mereka berusaga mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan
menyelewengkan dari landasan Islam. Mereka menggalakkan supaya mempersendasendakan
akidah Islam seperti kepercayaan kepada hari akhirat, syurga, neraka, pahala
dan siksa.
Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat dan
meninggalkan perintah Allah. Kesemua itu di bawah dakwaan kemajuan,
pembaharuan, kebebasan individu, pembangunan dan bersama orang ramai.
PEMERINTAH NEGARA ISLAM LEBIH SUKAKAN PENJAJAH
Suatu perkara yang tidak diragui bahawa orang-orang yang berhaluan barat, sekalipun
mereka melawan penjajah barat selaku musuh mereka dan mengadakan pelbagai usaha
menentangnya, namun mereka sebenarnya lebih suka kepada penjajah daripada
perkara-perkara lain. Buktinya; apa sahaja yang datang dari barat terus menarik
perhatian mereka dan tiap-tiap yang lahir dari sana menyilau mata mereka. Apa-apa
yang datang dari barat dianggapnya sebagai kebenaran, contoh bagi kemajuan
hinggakan mereka meniru dalam semua perkara, sama ada besar atau kecil, betul atau
salah. Yang berbezanya ialah orang barat mereka, mencipta dan meneroka dalam
semua ilmu dan pekerjaan sedangkan mereka hanya meniru sahaja, tanpa mengkaji
dan berfikir. Barat rosak secara tersedar tetapi mereka rosak secara buta tuli. Mereka
kecewa di dunia dan akhirat. Itulah kekecewaan yang nyata.
KEMUNDURAN UMAT DAN NEGARA ISLAM BERPUNCA DARI
PEMERINTAHANNYA MENERAPKAN AJARAN YANG BUKAN ISLAM
Setelah beberapa analisa yang saya bentangkan kepada saudara-saudara ini, bolehlah
sekarang saudara-saudara mengkaji apa yang sedang berlaku di negara-negara Islam
bagi mengenali tempat penyakit dan dapat merumuskan ubat baginya.
Tidakkah saudara-saudara melihat kerajaan Islam di dunia ini semuanya telah
dihinggapi dan diresapi oleh kelemahan, seolah-olah menjadi batang kayu yang
kosong? Apakah sebabnya terjadi demikian?
Sebab asasinya ialah kerana kerajaan-kerajaan ummat Islam menentang akidah,
menentang kemahuan dan perasaan orang Islam. Umat Islam ingin kembali kepada
Islam, kepada syariatnya yang utuh sedangkan kerajaan Islam menekan mereka supaya
berpegang teguh dengan ekor-ekor barat dan bergabung di dalam bloknya.
Di antara kesan pertentangan yang terus menerus ini menyebabkan hati umat Islam
tidak sehaluan dengan kerajaan mereka. Telah jelas secara lahiriah dan apa yang dapat
dilihat bahawa mana-mana negara tidak menjadi kuat, tidak mempunyai kekuasaan,
ketinggian dan kemajuan apabila kerajaannya berada di satu pihak dan rakyatnya
berada di pihak yang lain. Mereka pula tidak bersama-sama dalam usaha mencapai
kemajuan kerana kerajaan tersebut tidak mempunyai sifat yang dipercayai. Rakyat jelata
pula tidaklah bangkit dengan hati yang bersemangat dan dan keazaman yang
bersungguh-sungguh. Dan apabila telah terjadi begitu, sedang pertarungan telah
berlaku di antara kerajaan dengan rakyat atau di antara tangan dengan hati, kiranya
betul berlaku begini, maka mustahil kerajaan dapat mengharung langkah ke depan dan
akan memajukan negara walaupun sedikit, kerana segala usaha dan tenaga yang
dicurahkan disebabkan pertarungan dari dalam ini akan lenyap ditiup angin dan
menjadi debu yang bertaburan.
Dari suasana yang menyedihkan ini, sebagaimana yang saya jelaskan kepada saudarasaudara
tadi, maka negara-negara ummat Islam masih ditimpa oleh bencana
kediktatoran.
PEMERINTAH UMAT ISLAM MENIPU DAN MENINDAS ATAS NAMA
DEMOKRASI
Golongan yang berhaluan barat yang diperniagakan oleh penjajah sebagai pengganti
mereka di dalam negeri ummat Islam mengetahui dengan yakin bahawa sistem
pemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya yang bersih, tampuk
pemerintahan tidak akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah,
sama ada cepat atau lambat kepada umat yang menuntut supaya mendirikan sistem
pemerintahan di atas dasar akidah, ajaran, aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yang
mereka warisi.
Memandang kepada keadaan demikian maka golongan sekular ini tidak akan
membenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan supaya
nilai-nilai berjalan dengan baik. Malah penjajah akan segera menempatkan
pemerintahan secara diktator sebagai ganti sistem demokrasi. Dalam hal itu pun mereka
menamakan diktator tersebut dengan nama demokrasi demi untuk menipu manusia
dan menonjol diri mereka sebagai pendokong sistem demokrasi, sedangkan mereka
pada hakikatnya tak lain tak bukan ialah penipu.
MEMBANYAKKAN NEGARA-NEGARA ISLAM YANG DIPERINTAH OLEH
TENTERA YANG TIDAK MENGERTI ISLAM
Pada mulanya, kediktatoran ini dijalankan oleh pemimpin politik yang berhaluan barat
sahaja kemudian segalanya akan berkembang seperti biasa dan akan berjalan mengikut
saluran yang semestinya. Hakikat ini telah disedari oleh kumpulan tentera didalam
negara Islam. Mereka berpendapat bahawa sistem diktator tidak akan terbangun kalau
tidak dipikul oleh golongan tentera. Taktik ini tidak akan sempurna tanpa senjata.
Kesedaran ini timbul dari kalangan pemimpin tentera yang keluar dari kem dan
menuju ke gelanggang politik. Mereka mulai mengadakan pakatan sulit dalam usaha
mengubah sistem pemerintahan dan mula menguatkuasakan sistem dictator askar ke
atas rakyat jelata sebagai ganti diktator politik. Sesudah itu mereka pun menyingkir
pemimpin politik daripada pemerintahan dan mengurung mereka dalam penjara atau
melakukan tahanan rumah.
Beginilah kita lihat tentera-tentera dalam negara ummat Islam hari ini. Mereka telah
menjadi bencana kepada rakyat Islam. Tugas mempertahankan tanahair dan berjuang
menentang musuh sudah tidak diendahkan lagi. Mereka disibukkan dengan kerja-kerja
ingin menguasai politik negeri sendiri dengan cara kekerasan. Untuk tujuan ini mereka
menggunakan kekuatan senjata ysng diserahkan oleh rakyat yang lemah itu untuk
mempertahankan dan menjaga keamanannya. Dan sekarang sampailah saat di mana
negara-negara Islam telah ditimpa masalah yang besar dan masalah yang rumit yang
tidak dapat di selesaikan melalui parlimen atau dewan perwakilan rakyat dan tidak
pula dapat diselesaikan dengan pilihanraya umum atau dengan cara memorandum. Ia
hanya boleh diselesaikan dalam kem-kem tentera, dengan kereta kebal , pistol dan
mesingun.
Kalau keadaan ini menghairankan saudara-saudara maka saudara-saudara akan lebih
hairan dengan tentera yang selalu berselisih faham sesama mereka dalam menentukan
pemimpin mereka. Tiap-tiap seorang jeneral mengambil kesempatan menjalankan
kediktatorannya dan mempertahankan kerusi pemerintahannya sesudah
menghancurkan yang lain. Di antara perkara yang membuat suka dan duka iaitu
apabila salah seorang dari jeneral itu menguasai negeri, ianya dianggap sebagai harapan
rakyat, penyelamatnya, pelopor yang unggul dan hero, hingga apabila ia berdepan
dengan akibat perbuatannya sendiri ia akan berbalik menjadi sebesar-besar pengkhianat
dan seketat-ketat musuh terhadap rakyat. Manakala rakyat pula tak ubah seperti anak
patung di tangan kanak-kanak kecil, tidak dapat mencampuri urusan negara, walaupun
urusan yang paling kecil sekalipun.
DUA HAKIKAT PENTING DI GELANGGANG POLITIK YANG MESTI
DIKETAHUI OLEH PEJUANG ISLAM
Saudara-saudara yang mulia !
Dalam kegelapan yang menghitam ini, di sana masih terdapat harapan yang cerah,
berkilapan cahayanya, dalam dua hakikat ini :
PERTAMA: Sesungguhnya Allah telah menurunkan bala ke atas penduduk yang
atheis, yang berterusan dalam kefasikan. Allah telah menurunkan bala kepada penyeru
yang menghalalkan segala-galanya. Allah telah memecahkan mereka menjadi berpuakpuak,
sebahagian dari mereka menggunakan kekuatan dalam usaha menghancurkan
sebahagian yang lain. Inilah di antara kelebihan-kelebihan Allah yang dikurniakan
kepada hamba-hambanya.
Firman Allah :
وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الأرْضُ
Maksudnya : "..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka dengan setengah
yang lain nescaya rosaklah bumi…" (Al-Baqarah : 251)
Kerana kalau mereka memanah umat Islam dengan busur yang satu nescaya jadilah
bagi umat Islam satu penyakit teruk yang tidak boleh diubati lagi, tetapi mereka jadikan
syaitan sebagai penolong mereka.
Firman Allah :
إِنَّ آَيْدَ الشَّيْطَانِ آَانَ ضَعِيفًا
Maksudnya : "..dan sesungguhnya tipu helah syaitan itu adalah lemah.." ( Al-Nisa’ :76 )
KEDUA: Jiwa penganut Islam tidak kurang semangat mereka terhadap Islam dan
kemuliaan. Apa sahaja usaha dan perbuatan meruntuh dan menghancur yang
dilakukan oleh pemimpin dan penyeru sekular tidak melemahkan mereka.
Di sana ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa apabila ada satu jemaah yang
cergas, cukup lengkap dengan syarat keahliannya untuk menjalankan peranan
kepimpinan dan pentadbiran, jemaah yang tegak di atas keimanan yang kuat dengan
berpegang teguh kepada Islam, yang bangun di atas akidah yang kuat dengan dasar
Islam dan keazaman yang benar untuk mengorbankan segala2 pada jalan ini, sama ada
perkara yang dikorbankan itu mahal atau murah maka tidak syak lagi bahawa pada
akhir nanti dokongan umat akan kembali kepada mereka. Allah akan memberi
kemenangan kepada mereka di dalam pertempuran yang menentukan di antara yang
haq dengan yang batil. Merekalah yang akan bertanggungjawab membersihkan umat
Islam dari segala bentuk najis fahaman atheis tidak bertuhan, amalan fasik dan jahat.
Kemuliaan, kebahagiaan dan kemakmuran akan kembali seperti di abad sebelumnya.
Firman Allah:
وَلا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ
إِنَّهُ لا یَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الكَافِرُونَ
Maksudnya : Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ( kerana ) tidak berputus asa
dari rahmat Allah kecuali golongan yang kufur. ( Surah Yusuf: Ayat 87 )
DI ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM
Untuk mengakhiri ucapan saya ini, penting juga bagi saya membuat kesimpulan kepada
pemuda-pemuda yang beriman terutama para bijak pandai yang mempelajari ilmu
moden tentang beberapa perkara yang harus mereka titik beratkan untuk bangun
bekerja dengan sungguh-sungguh dalam situasi yang berlaku sekarang :
1. Pertama kali saya harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara
terperinci, agar anda semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu
pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar anda benar-benar menjadi
muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar
habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam
kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman
sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..
2. Anda semua mesti segera memperbetulkan budipekerti yang telah
menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat
memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk
nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau. Hendaklah anda
semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan
itu akan menuumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan
menghilangkan kepercayaan. Sesungguhnya kejayaan akan bergantung
kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan
di antara amalan anda dengan perkataan anda. Sesungguhnya seseorang
yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan
besar terhadap dakwahnya.
Firman Allah :
یَاأَیُّهَا الَّذِینَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ *
آَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang
yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata
barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )
3. Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda
mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada
anda untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan.
Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta
membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul. Anda perlu dapat
membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.
Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori
barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam
sejak zaman berzaman.
Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda
bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang
bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling
munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan
meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul
dan baik.
Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka
mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah
mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.
Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul
dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan
pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh
dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Dan tugas anda ini hendaklah
diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana
akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas
dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini
sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang
seri yang berlandaskan Islam.
Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa
perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak
didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu
berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu
tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi.
4. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah
Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun
orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat,
yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang
utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah
barisan anda.
Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang
telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin,
kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka
itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah
dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang
berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda.
5. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orangorang
awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda
jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga
mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka,
meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya
mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi,
seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di
negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah
rosak.
Ini adalah penting kerana :
-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup
tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,
-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh
di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan
undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang
fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka
sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam.
6. Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang
tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.
Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang
mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki
nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan
mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam
kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini
memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
Anda pasti menghayung langkah kedepan dan tiap langkah mesti
berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan anda terlalu cepat
menghayung langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan anda
dahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atas
jalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan. Antara
hakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkara
yang tidak selamat akibatnya.
Contohnya - kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan
tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita - Harapan kita menyertai di
dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati
kepada tujuan-tujuan kita. Tetapi itu adalah perkara yang salah kerana
pengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan
membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju
pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan
luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan
kepentingan dan nafsu mereka. Penyertaan kita bersama mereka dengan
membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu
dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini
memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan
di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut
sesuka hati mereka.
NASIHAT PENTING
Saudara-saudara yang mulia !
Di akhir ceramah ini, ingin saya sampaikan nasihat kepada saudara-saudara, iaitu
janganlah saudara-saudara menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa
ada penyebaran umum dakwah) dan janganlah saudara-saudara menggunakan cara
kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku. Uslub ini termasuk dalam
ertikata gopoh gapah yang tidak akan meninggalkan kesan yang baik.
Janganlah anda cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, kerana uslub ini adalah
lebih buruk akibatnya dan mendatangkan kemudaratan yang lebih besar daripada
jalan yang lain. Sesungguhnya perubahan yang betul dan sihat yang telah dicapai di
zaman dahulu, dan akan tercapai juga di zaman mendatang, ialah dengan kerja
dakwah yang terus terang seterang matahari diwaktu tengah hari.
Oleh itu, anda mesti menyebar dakwah anda dengan cara terus terang. Anda mesti
bangun bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang
seluas mungkin.
Anda mesti menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan anda yang
mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti
yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi. Dan anda mesti
menghadapi rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan
seorang pahlawan. Inilah jalan yang membolehkan kita melakukan perubahan
secara radikal, yang kukuh asasnya, kuat umbinya dan besar pula faedahnya kepada
umat yang lemah di hari ini. Riak gelombang semacam ini tidak dapat disekat oleh
mana-mana kekuatan musuh.
Saya berani bertegas bahawa umat Islam yang kemudian ini tidak menjadi baik
melainkan dengan mengamalkan ajaran yang telah diamalkan oleh umat Islam yang
terdahulu. Adapun jika anda bergopoh gapah melakukan perubahan dengan
menggunakan cara kekerasan, kemudian anda berjaya sedikit sebanyak dalam
perubahan itu, maka kejayaan itu tak ubah seperti angin yang masuk melalui pintu
dan keluar melalui jendela.